160 x 600 AD PLACEMENT
160 x 600 AD PLACEMENT

3M dalam Marketing

750 x 100 AD PLACEMENT

Bila kita nak jual barang, nak jual servis, atau nak meniaga apa apa pun, kita kena fasih berkenaan 3M dalam marketing.

Apa itu 3M dalam marketing?

  1. Market
  2. Mesej
  3. Medium

Bagaimana nak kenal market?

Untuk kenal market ni, kita kena faham betul-betul 2 perkara ini

  1. Product knowledge
  2. Customer Avatar

Produk knowledge

Produk knowledge ni kita kena tahu apa solution yang produk kita boleh bagi.

Sebab dari solution ini kita akan cari orang yang mempunyai masalah yang produk kita boleh selesaikan. Kita bukan jual produk, kita jual penyelesaian.

Antara contohnya ialah produk sakit belakang.

Produk tu modal dia RM20. Berapa kita boleh jual?

Harga jual ini ditentukan oleh BERAPA HARGA MASALAH TU.

Kalau harga masalah tu mahal, maka harga produk tu pun akan mahal juga sebab kita bukan jual produk, kita jual penyelesaian kepada masalah itu.

Sama macam pergi gunting rambut. Kalau masuk salon exclusive, warna rambut pun dah boleh pergi RM1k sekali buat treatment. Berapa je modal dye rambut tu dan shampoo dia tapi yang dia jual ialah penyelesaian dia.

Sebab tu la dia boleh jual dengan harga 1k

So itu bab produk knowledge

Customer Avatar

Bila kita dah tahu solution ni, kita kena cari orang yang ada masalah tersebut yang kita patut jual solution kita.

Katakan gastrik.

Semua orang ada gastrik tapi bukan semua orang yang ada masalah gastrik boleh jadi pelanggan kita.

Kalau tukang sapu yang income 1500 sebulan, anak ada 5 orang contohnya. Kita tak boleh jual kepada dia, sebab dia tak ada duit. Kita kena cari orang ada duit.

So siapa yang ada duit yang kita boleh jual produk kita?

Kat sini lah seni dia bermula.

Bila kita tahu siapa orangnya yang kita nak jual, kita mula kena menyelidik mengenai hidup dia.

  1. Apa dia buat setiap hari
  2. Apa yang dia betul-betul nak capai tapi terganggu sebab gastrik ni
  3. Apa cita-cita dia dan apa aktiviti dia yang terganggu oleh penyakit dia?

Dari sini kita boleh create angle untuk menyakinkan dia untuk guna produk kita.

Hantar Mesej yang tepat

Setelah kita tahu cerita dia dengan mendalam, maka akan mudahlah kita untuk menulis mesej pada dia.

Masalah ramai orang ialah dia menulis mesej yang merapu-rapu kepada market. Pastu dia cakap iklan mahal, dia cakap facebook tak releven dah.

Sebenarnyaa dia yang tak kenal pelanggan dia betul betul sampai dia tak boleh tulis mesej yang tepat kepada avatar dia.

Kena betul-betul kenal pelanggan luar dan dalam

Kena tahu apa pelanggan sembang hari hari dengan kawan-kawan dia

Kena tahu apa pelanggan cakap dalam hati

Kena tahu apa yang pelanggan maki hamun diri dia setiap kali penyakit dia datang

ini semua adalah INSIGHT yang you kena tahu kalau you nak tulis mesej yang tepat.

Bagaimana utk dapatkan mesej yang tepat?

KENA BUAT BAAANYAAKKKK MESEJ!

Kena buat banyak iklan sekali gus untuk hantar pada market. Sebagai cadangan,boleh buat 30 iklan untuk test kali pertama. Bila dah jalan iklan tu , buat lagi 30 iklan untuk run test kedua.

Daripada mesej yang banyak tu akan ada yang avatar kita suka ataupun resonate.

Maka terhasil lah mesej yang berkesan. Baca Disini.

Apa itu Medium?

Sekarang ni kita nak cakap mengenai MEDIUM pula.

Medium ni bermaksud kaedah yang kita nak gunakan untuk sampakan mesej kita. Dan setiap medium mempunyai kaedah dia yang tersendiri.

Fbads, tiktok live, reels, shorts dan lain-lain, ini semua adalah contoh medium dan setiap dari medium ini memerlukan kita buat mesej yang sesuai dengan kehendak medium tersebut.

Ini kerana dalam setiap medium ada audience yang mempunyai behaviour yang tertentu. Orang kat fb tak sama behaviour dengan orang kat tiktok walaupun orang tu orang yang sama, behavior dia dalam tiktok tak sama dengan behavior dia dalam facebook.

So kita kena pandai untuk sesuaikan mesej untuk setiap medium.

Kesimpulan

Ini adalah perkara yang paling asas tapi orang tak suka buat ni. Orang lebih suka tanya tentang bagaimana nak buat ads yang power, tentang bagaimana nak closing yang power.

Masalahnya, jika 3M ni kita tak kuasai betul-betul, kita tak akan boleh buat ads yang power ataupun closing yang power.

Terus semangat!

750 x 100 AD PLACEMENT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You might also like
930 x 180 AD PLACEMENT