160 x 600 AD PLACEMENT
160 x 600 AD PLACEMENT

Kuasai Minda Bina Masa Depan Anda – Part 4

750 x 100 AD PLACEMENT

Bertanggungjawab atas setiap yang berlaku

Memikul tanggungjawab sepenuhnya memberi anda kuasa sepenuhnya untuk mengubah sesuatu.

Tanya pada diri, “Apa yang perlu aku lakukkan untuk ubah keadaan ni?

Jangan mengharapkan keadaan menjadi lebih baik, tetapi harapkan diri anda menjadi lebih baik – Jim Rohn

Jangan tunggu orang lain melakukannya untuk anda, ambik tanggungjawab dan berhenti menyalahkan orang lain menyalahkan situasi.

Bertanggungjawab atas perasaan anda.

Emosi mendorong tindakan dan hasil kita.

Teruja & bermotivasi – kita bertindak & mampu beri hasil yang baik

Sedih – kita jadi lemau

Kuasai komunikasi

Capai matlamat hidup – kuasai komunikasi & skil mempengaruhi orang lain.

Bertanggungjawab 100% atas kegagalan atau kejayaan komunikasi anda.

Maksud komunikasi kita adalah maklum balas yang kita terima, tanpa mengira niatnya. Kita perlu terus mengubah cara komunikasi kita sehingga kita dapat maklum balas yang kita nak.

Komunikasi = 7% kata-kata + 38% nada suara + 55% bahasa tubuh.

Kita sentiasa mempunyai pilihan

Kita sentiasa ada “Pilihan” & “Peluang” dalam hidup dan setiap situasi yang berlaku.

Bertanggungjawab atas setiap yang berlaku.

Sentiasa wujudkan kepercayaan dan pemikiran positif, barulah dunia kita berubah.

Untuk ubah keadaan, kita mesti berubah dahulu.

‘Nak dapat pekerja yang terbaik, jadilah bos yang terbaik’

‘Nak dapat anak yang baik, jadilah ibu ayah yang baik’

‘Nak isteri yang sempurna, jadilah suami yang sempurna’

‘Nak dapat income besar, tambahlah nilai diri yang besar’

‘Nak dapat pelanggan yang baik, jadilah penjual yang baik’

Saya Pilih

Gunakan kata “Saya pilih” selalu

Kata-kata yang kita gunakan seharian mencerminkan bagaimana kita merangka pengalaman dalam minda kita.

Dengan guna kata “Saya pilih”, kita dapat mengawal hidup kita dengan lebih baik.

Contoh situasi :

Elakkan berkata …

  1. Saya sedih
  2. Mereka tidak memahami saya
  3. Bisnes saya teruk

Katakan …

  1. Saya memilih rasa sedih
  2. Saya memilih berkomunikasi dengan cara yang mereka tidak fahami
  3. Saya memlih membiarkan bisnes saya teruk

Cuma kata ini kita hanya gunakan sewaktu kita bercakap-cakap dengan diri sendiri sahaja.

Ia bertujuan untuk menyedarkan diri kita yang kita mempunyai kuasa memilih dan mengubahnya. Nak biarkan atau ambik tanggungjawab!

Kita jumpa di part seterusnya iaitu Part-5 : Kuasa Kepercayaan

750 x 100 AD PLACEMENT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

930 x 180 AD PLACEMENT