160 x 600 AD PLACEMENT
160 x 600 AD PLACEMENT

7 Strategi Low Cost Marketing Untuk Bisnes Anda

750 x 100 AD PLACEMENT

Suka atau tidak, dunia perniagaan moden kini banyak bergantung kepada digital marketing berbanding dengan sebelumnya. Penggunaan sesebuah media sosial atau mana-mana medium online kini mencecah jutaan pengguna.

Untuk sesebuah bisnes juga ada terlalu ramai pengguna yang memerlukan servis atau produk yang ditawarkan. Tapi, anda mungkin rasa seperti terlalu susah untuk anda mendapatkan mereka ini.

Ditambah pula jika anda baru sahaja mula berbisnes secara online ini. Bajet marketing yang terhad membuatkan anda berasa seperti anda tidak mampu untuk bersaing dengan sebaiknya secara online.

Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan 9 strategi low cost marketing yang anda boleh gunakan untuk bisnes anda. Jom baca!

Sekarang kita kena fikir apa cara mudah untuk menarik minat mereka.

Low Cost Marketing

Selain low cost marketing, ramai juga yang suka menyebutnya sebagai zero cost marketing. Tapi istilah zero cost marketing sebenarnya kurang tepat kerana ia membuatkan orang ramai merasakan ia tidak benar-benar memberikan impak.

Sedangkan bukan sahaja bisnes kecil-kecilan menggunakannya. Jenama-jenama bisnes yang besar turut sama menggunakan strategi ini untuk bisnes mereka. Jika tidak memberikan impak, kenapa mereka menggunakannya?

Antara kelebihan menggunakan teknik low cost marketing adalah:

  • Menjimatkan wang jika anda mempunyai modal yang terhad
  • Memberikan anda reach yang lebih tinggi sekaligus meningkatkan potensi jualan berlaku
  • Membantu anda untuk menjalankan pemasaran pada audiens yang lebih spesifik

7 Strategi Low Cost Marketing

Di dalam perkongsian kali ini, kami akan berikan anda 9 strategi low cost marketing yang anda boleh lakukan:

  1. Manfaatkan Media Sosial

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa media sosial merupakan pilihan terbaik bagi anda yang mempunyai modal yang terhad untuk bisnes anda. Sebagai contoh di Facebook, anda boleh memanfaatkan groups yang ada untuk memasarkan bisnes anda.

Begitu juga di Instagram, Tiktok atau LinkedIn di mana anda boleh membina kredibiliti anda dengan menghasilkan content yang berkualiti terlebih dahulu. Cumanya cara ini akan mengambil sedikit masa namun anda akan berjaya mendapatkan audiens yang tepat untuk bisnes anda.

  1. Menganjurkan Webinar

Webinar juga menjadi semakin popular dalam kalangan pemilik bisnes dan orang ramai. Mereka tidak lagi berasa kekok atau pelik untuk mendaftarkan diri bagi menyertai webinar.

Dengan caj yang murah atau percuma, anda boleh menarik prospek untuk mendengar terlebih dahulu apa yang anda tawarkan sebelum anda close mereka untuk projek atau servis anda.

Apa yang penting adalah pemilihan topik yang sesuai untuk audiens dan juga bisnes anda. Jika anda memilih topik yang catchy namun langsung tidak memberikan manfaat buat bisnes anda, ia adalah sia-sia.

  1. Menggunakan Infografik

Infografik mampu menyampaikan maklumat dalam cara yang lebih kreatif, menarik dan bermanfaat kepada audiens anda. Corak penyampaian sebegini mampu untuk menarik minat prospek terhadap bisnes anda dengan mudah.

Tidak semestinya idea tersebut perlu datang 100% daripada anda dan tidak semestinya anda perlu untuk menguasai kemahiran design yang rumit. Banyak platform percuma dan mudah seperti Canva yang anda boleh manfaatkan. Siap ada template percuma lagi!

  1. Cross-promotion 

Anda boleh samakan ia seperti sistem barter. Hal ini kerana anda sebagai bisnes boleh mendekati bisnes-bisnes lain yang mempunyai servis atau produk yang anda perlukan. Anda boleh tawarkan servis atau produk anda kepada mereka dan sebagai bayaran, mereka akan melakukan yang sama buat anda.

Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan portfolio atau testimoni untuk bisnes anda dengan mudah. Mereka juga sama. It is a win-win situation. Dengan cara ini juga anda boleh membina networking yang baik dan boleh bertukar-tukar pelanggan jika anda berada di dalam industri yang saling berkait di antara satu sama lain.

  1. Fokus Pada Database

Jika anda sudah mempunyai pelanggan sedia ada, tiada salahnya untuk anda fokus kepada database anda ini. Jika setiap masa anda ingin mendapatkan pelanggan yang baru, lebih banyak kos yang anda perlu keluarkan.

Sebab itulah penting untuk anda memanfaatkan database anda dengan sebaiknya. Mereka juga lebih mudah untuk berurusan dengan anda kerana mereka pernah berurusan dengan anda. 

Anda boleh guna software wasap blaster ini untuk hantar ribuan whatsapp secara automatik.

  1. Gunakan Influencer

Influencer yang tepat boleh memberikan audiens yang tepat untuk bisnes anda. Dengan mereka, anda boleh menyampaikan maklumat berkenaan bisnes anda dengan lebih baik kerana mereka sudah biasa dengan penghasilan content ini.

Anda boleh berikan kod promosi atau diskaun menerusi influencer tersebut untuk meningkatkan lagi tarikan yang ada pada bisnes anda.

  1. Bina Blog

Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini sebenarnya. Mereka sentiasa merasakan blog adalah sesuatu yang tidak relevan untuk bisnes sedangkan menerusi blog atau website ini, dengan mudahnya mereka boleh mendapatkan pelanggan.

Dengan blog juga anda mampu untuk menaikkan kepercayaan prospek terhadap bisnes anda. Betul. Semua ini bukan mudah kerana anda perlu untuk peruntukkan masa bagi menyiapkan artikel blog. Namun, anda boleh outsource sahaja semua ini kepada penulis artikel.

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini mengenai low cost marketing dan platform yang ada untuk anda melakukannya. Jangan risau. Dengan strategi yang tepat, mudah sahaja untuk anda mendapatkan sales.

Namun, jangan terlalu bergantung harap pada low cost marketing sahaja untuk bisnes anda. Perlu ada variasi dan kombinasi bersama-sama dengan paid marketing untuk memastikan bisnes anda mampu pergi lebih jauh.

750 x 100 AD PLACEMENT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You might also like
930 x 180 AD PLACEMENT