160 x 600 AD PLACEMENT
160 x 600 AD PLACEMENT

7 Langkah Bagaimana Membina Sales

750 x 100 AD PLACEMENT

Membina satu bisnes baru adalah satu langkah yang panjang , perlukan kosisten dan kesabaran yang tinggi. Jadi kita perlu bermula dengan step yang betul supaya tidak membuang masa dan akhirnya bisnes itu gagal.

Ini adalah senaraikan step mengikut turutan yang perlu anda lakukan :

Product knowledge

Anda kena tahu mengenai produk yg anda nak jual, apa penyelesaian yang produk anda boleh bagi. Anda bukan jual produk tetapi anda jual penyelesaian masalah yang customer anda hadapi.

Anda perlu senaraikan 10 muka surat produk knowledge secara tulis tangan di buku nota anda untuk anda jadi mahir. Anda kena tahu setiap bahan dalam produk anda dan kegunaannya. Selain dari itu ada juga perlu study bagaimana bahan-bahan tersebut dapat menyelesaikan masalah yang produk anda tawarkan.

Anda boleh google atau gunakan chatGPT untuk dapatkan maklumat-maklumat tersebut. Semakin banyak maklumat anda dapat semakin mudah anda promote produk itu.

Customer avatar

Langkah selanjutnya adalah buat kajian untuk customer avatar. Anda perlu tahu pada siapa anda nak jual dan apa masalah dia yang produk anda boleh selesaikan.

Anda perlu cari maklumat pelanggan anda antaranya umur, lokasi, jantina, minat, status perkhawinan, pekerjaan, taraf pendidikan dan di mana mereka selalu berkumpul dalam media social. Ini bertujuan supaya iklan anda tepat kepada audience anda.

Ada boleh gunakan cara ini untuk dapatkan maklumat tersebut

  1. Buka fb anda dan cari iklan berbayar yang jual produk seperti anda
  2. Lihat di bahagian komen dan cari siapa yang berminat dengan produk tu. Jika ada komen testimoni mereka yang dapat kesan positif itu lagi bagus sebab meraka adalah real pengguna.
  3. Masuk ke profile penggunaan itu dan spy maklumat mereka. Catatkan dalam nota anda.
  4. Dapatkan maklumat yang lengkap untuk untuk 2-3 profile pengguna fb dengan ulang langkah 1-3.

Dari maklumat ini anda akan lebih jelas dan tahu kepada siapa anda nak jual nanti.

Marketing angle

Dari maklumat produk knowledge dan customer avatar tadi, anda akan temui sudut/angle yang boleh anda gunakan untuk pasarkan produk anda pada orang tu.

Apa masalah dia yang paling besar dan paling mengganggu hidup dia. Ini yang anda kena selesaikan. Inilah yang disebut marketing angle.

Senaraikan 5 masalah terbesar mereka yang produk anda boleh selesaikan dan anda akan gunakan nanti untuk buat split test.

Salespage / closing script / call script

Ini anda kena buat untuk memudahkan anda convert prospek menjadi pelanggan.

Apabila anda dah faham apa marketing angle anda, maka anda boleh buat salespage / closing script / call script yang power sebab anda dah faham apa avatar anda betul-betul nak.

Swipe file

Anda kena tengok pesaing-pesaing anda dan  perlu belajar dari iklan mereka. Caranya adalah dengan buat swipe file.

Copy dan screenshot iklan mereka dan letak satu tempat supaya senang anda nak rujuk untuk jadikan panduan untuk buat iklan anda nanti. Boleh gunakan google sheet sebagai tempat simpan supaya selamat dan boleh akses di mana sahaja.

Kumpulkan 100 iklan ads pesaing kita yang menjadi. Lakukan aktiviti ini supaya anda ada idea sewaktu nak buat iklan nanti.

Creative iklan

Untuk membolehkan iklan anda berjaya, anda perlu mempunyai iklan yang banyak. Sebab anda buat macamana elok pun, anda tak akan tahu samada market suka pada iklan anda ataupun tidak.

Jadi anda kena buat banyak iklan sekali gus untuk hantar pada market. Sebagai cadangan, anda buat 30 iklan untuk test kali pertama. Bila dah jalan iklan tu , buat lagi 30 iklan untuk run test kedua.

Iklan ini adalah iklan prospecting, dan anda hantar kepada cold market – iaitu orang yang belum pernah kenal produk anda .

Nanti anda akan jumpa banyak iklan yang winning

100 content

Content adalah apa yang menyebabkan orang percaya kepada produk anda . Cari 100 sebab atau tipping point yang boleh menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mencuba produk anda.

Guna 100 content ini untuk retarget kepada orang yang engage kepada iklan anda.

Jika 100 content ini anda hantar kepada 100,000 orang yang berminat dengan produk anda, adalah tidak mustahil untuk anda berjaya mendapatkan 10,000 pelanggan untuk produk kita.

Dari 10,000 pelanggan itu, 3,000 akan jadi pelanggan yang setia insyaallah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda dan semoga maju jaya. Terus semangat!

750 x 100 AD PLACEMENT

One thought on “7 Langkah Bagaimana Membina Sales

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You might also like
930 x 180 AD PLACEMENT